Hatta, Muhammad (2017) SATU KEFAHAMAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG BERHUBUNG ARAHAN DO NOT RESUSCITATE (DNR) DI HOSPITAL-HOSPITAL DI MALAYSIA. In: Proceedings of The Tuanku Ja’afar Conference (TJC) 2017 Governance Towards Sustainable Development Goals, 20-23 November 2017, Malaysia.
|
Text
Published - DNR Conference TJC_2.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Secara umum, pesakit mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan untuk dirinya. Ini bermakna bahawa tiada individu lain boleh membuat apa-apa keputusan berhubung dengan rawatan jika pesakit tersebut masih berkeupayaan untuk membuat keputusan. Dalam hal ini, pesakit juga boleh membuat suatu arahan untuk tidak meneruskan rawatan atau menerima sebarang campur tangan perubatan untuk memanjangkan nyawanya. Arahan Awal Perubatan (Advance Medical Directive) (AMD) ialah dokumen yang mengandungi hasrat pesakit berhubung rawatan perubatannya, dibuat di awal waktu iaitu semasa pesakit berkeupayaan dalam membuat keputusan. Terdapat satu jenis arahan di bawah skop AMD yang secara khusus membenarkan pesakit untuk menolak bantuan pernafasan (Cardiopulmonary Resuscitation) (CPR). Arahan tersebut dikenali sebagai Larangan Resusitasi (Do Not Resuscitate) (DNR). Walau bagaimanapun, di Malaysia, arahan tersebut bukanlah suatu amalan yang biasa kerana ia mungkin bercanggah dengan kewajipan doktor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik termasuklah memberikan rawatan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Persoalan penting yang wujud di sini ialah sama ada pesakit dibenarkan untuk membuat suatu arahan DNR di Malaysia? Dan jika jawapannya adalah positif, apakah undang-undang yang berkaitan yang mengawal amalan arahan ini? Kajian menunjukkan bahawa pada masa ini di Malaysia tidak ada akta khusus, peruntukan dalam Akta, atau garis panduan khusus yang menjelaskan had terhadap campur tangan yang boleh doktor lakukan jika pesakit enggan memberi keizinan terhadap rawatan yang perlu dilakukan oleh doktor berkenaan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis dari perspektif undang-undang semasa berhubung hak pesakit dari perspektif arahan DNR. Pada masa yang sama, hubungan antara arahan DNR dan AMD juga akan dibincangkan. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dalam meneroka isu-isu yang berhubung dengan DNR. Adalah didapati bahawa DNR merupakan suatu cara dalam melindungi autonomi pesakit. Oleh itu, dari sudut amalan di hospital-hospital di Malaysia, perlu ada suatu garis panduan dan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung dengan arahan DNR. Perkara ini penting demi melindungi autonomi pesakit dan pada masa yang sama menjaga hubungan baik antara doktor-pesakit.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Subjects: | K Law > KA Criminal Law |
Divisions: | Faculty of Law |
Depositing User: | Dr. Hatta Muhammad |
Date Deposited: | 02 Mar 2020 01:28 |
Last Modified: | 02 Mar 2020 01:28 |
URI: | http://repository.unimal.ac.id/id/eprint/5166 |
Actions (login required)
View Item |