DOKTOR DAN LIABILITI DALAM KES-KES KECUAIAN PERUBATAN: PENGECUALIAN LIABILITI DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARA’

Hatta, Muhammad and Noor Azira, Tengku and Mohd Shariff, Ahmad Azam (2016) DOKTOR DAN LIABILITI DALAM KES-KES KECUAIAN PERUBATAN: PENGECUALIAN LIABILITI DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARA’. CLJ Law: Legal Network Series, 1 (lix). pp. 1-35.

This is the latest version of this item.

[img]
Preview
Text
CLJ 2017_2.pdf - Published Version

Download (590kB) | Preview

Abstract

Kes Bolam v. Friern Hospital Management Committee telah sejak sekian lama menjadi kayu ukur dalam kes-kes kecuaian perubatan di Malaysia. Namun, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Foo Fio Na v. Dr Foo Sook Mun & Anor pada tahun 2007, berlaku perubahan dan mahkamah di Malaysia kini tidak lagi mengutamakan ujian Bolam dalam kes-kes kecuaian perubatan kerana ujian Bolam dilihat sebagai terlalu melindungi profesyen perubatan dan bersifat paternalistik. Perubahan ini berlaku turut disebabkan dari perkembangan yang berlaku secara global berkenaan doktrin izin bermaklumat (informed consent) yang dipengaruhi oleh konsep autonomi pesakit. Doktrin izin bermaklumat ini bertujuan untuk melindungi hak pesakit untuk mendapat maklumat-maklumat yang sepatutnya berkenaan risiko perubatan sebelum memberi keizinan kepada sebarang kaedah rawatan dikenakan. Artikel ini menganalisis doktrin izin bermaklumat dari perspektif prinsip syariah atau hukum syara’. Menurut prinsip syariah, pelaksanaan doktrin izin bermaklumat adalah berpaksikan akad atau kontrak yang dipersetujui oleh doktor dan pesakit yang berasaskan kepada prinsip keridhaan dan kerelaan yang disebut dalam al-Baqarah, ayat 282. Ianya turut berasaskan kaedah fiqh “al-rida bi al-shay’ rida bima yatawallad minh” yang bermaksud “rela dengan sesuatu bermakna rela dengan apa yang berlaku hasil daripada sesuatu”. Artikel ini menganalisis isu liabiliti doktor dalam kes kecuaian perubatan menurut perspektif prinsip syariah. Ianya juga meninjau sejauh manakah prinsip syariah itu melindungi doktor sekiranya kecuaian tersebut berlaku secara tidak sengaja mahupun berlaku disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan serta berada di luar kawalan doktor.

Item Type: Article
Subjects: K Law > KA Criminal Law
Divisions: Faculty of Law
Depositing User: Dr. Hatta Muhammad
Date Deposited: 10 Jul 2019 02:49
Last Modified: 10 Jul 2019 02:49
URI: http://repository.unimal.ac.id/id/eprint/4686

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item