PERSPEKTIF SYARIAH TENTANG HAK PESAKIT BERHUBUNG ARAHAN AWAL PERUBATAN: SUATU TINJAUAN UMUM (Sharia Perspective on Patient’s Right in respect of Advance Medical Directive (AMD): An Overview)

Muhammad, Hatta (2017) PERSPEKTIF SYARIAH TENTANG HAK PESAKIT BERHUBUNG ARAHAN AWAL PERUBATAN: SUATU TINJAUAN UMUM (Sharia Perspective on Patient’s Right in respect of Advance Medical Directive (AMD): An Overview). Legal Network Series, 1 (lvii). pp. 1-33.

[img]
Preview
Text
CLJ 2017_1.pdf

Download (505kB) | Preview

Abstract

Keizinan ialah satu elemen asas yang mesti wujud sebelum doktor dibenarkan untuk menjalankan apa-apa rawatan ke atas pesakit. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah doktor hendak mendapatkan keizinan pesakit apabila pesakit sudah hilang keupayaan dan tidak berkeupayaan untuk memberi keizinan? Dalam konteks ini, Arahan Awal Perubatan (Advance Medical Directive) (AMD) yang mengandungi kehendak pesakit tentang pelan perubatan masa depannya boleh memainkan peranan seandainya pesakit sudah hilang keupayaan untuk membuat keputusan tentang tubuh badannya. AMD merupakan satu kaedah penting untuk melindungi hak pesakit apabila pesakit tidak dapat membuat keputusan ketika di ambang kematian. Jika dilihat dari perspektif Syariah, terdapat satu kemestian (wajib) untuk menjaga nyawa setiap individu. Ini adalah kerana kehidupan manusia bukanlah untuk sia-sia. Namun, tanggungjawab untuk memanjangkan nyawa pesakit yang berada di ambang maut tanpa menyembuhkannya turut perlu diambil kira. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendapat bahawa menamatkan hidup seseorang sebelum pesakit tersebut disahkan mati melalui apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan jua adalah haram dan dilarang dalam Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan membincangkan tentang AMD di Malaysia dari sudut hukum Syariah. Artikel ini akan memberikan gambaran keseluruhan tentang hak pesakit berhubung dengan AMD di Malaysia berdasarkan perspektif Syariah. Bagi tujuan ini, kaedah yang berbentuk kualitatif adalah digunakan dalam artikel ini.

Item Type: Article
Subjects: K Law > KA Criminal Law
Divisions: Faculty of Law
Depositing User: Dr. Hatta Muhammad
Date Deposited: 29 Jun 2019 05:51
Last Modified: 29 Jun 2019 05:51
URI: http://repository.unimal.ac.id/id/eprint/4684

Actions (login required)

View Item View Item