PENDIDIKAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI MEKANISME PENCEGAHAN JENAYAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Hatta, Muhammad (2017) PENDIDIKAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI MEKANISME PENCEGAHAN JENAYAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA. In: Proceedings of The Tuanku Ja’afar Conference (TJC) 2017 Governance Towards Sustainable Development Goals, 20-23, Malaysia.

[img]
Preview
Text
Published - DNR Conference TJC 1.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Terdapat bukti jelas bahawa strategi pencegahan jenayah bukan sahaja mencegah jenayah, malah menggalakkan keterjaminan keselamatan masyarakat selain menyumbang kepada pembangunan mampan dalam negara. Penglibatan pelajar sekolah menengah di Malaysia dalam aktiviti jenayah seperti jenayah mencuri, membuli, merogol, melakukan pecah rumah dan merompak yang kian meningkat menyebabkan masalah ini dianggap sebagai satu virus yang memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu pendidikan undang-undang sebagai mekanisme pencegahan jenayah. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dalam meneroka isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang sebagai mekanisme pencegahan jenayah bagi mencegah penglibatan pelajar sekolah menengah di Malaysia dalam aktiviti jenayah. Adalah dicadangkan bahawa pendidikan undang-undang boleh menjadi suatu mekanisme yang berkesan dalam mencegah berlakunya aktiviti-aktiviti jenayah. Pencegahan jenayah secara berkesan dan bertanggungjawab akan meningkatkan kualiti hidup semua rakyat. Walau bagaimanapun, pencegahan jenayah memerlukan perubahan yang lebih berkesan dan telus dan ini memerlukan keterlibatan yang aktif daripada kerajaan dan lain-lain institusi, organisasi dan komuniti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Subjects: K Law > KA Criminal Law
Divisions: Faculty of Law
Depositing User: Dr. Hatta Muhammad
Date Deposited: 02 Mar 2020 01:28
Last Modified: 02 Mar 2020 01:28
URI: http://repository.unimal.ac.id/id/eprint/5165

Actions (login required)

View Item View Item